Yarsagumba (Himalayan Viagra)
Dolpa,
sebuah daerah terpencil di Nepal Barat dengan lembah-lembah yang curam tinggi
dan beriklim kering merupakan salah satu daerah terkemuka bagi herba terkenal -
Yarsagumba.
Setiap
tahun pada bulan Mei dan Jun, ribuan penduduk akan datang ke Dolpa untuk menuai
Yarsagumba. Bagi keadaan yang lebih ekstrim, sejumlah sekolah di pedalaman
Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para
penduduknya keluar menuai Yarsagumba.
Tumbuhan
yang diberi nama jolokan sebagai viagra Himalaya ini, mendapat permintaan
tinggi di China dan negara Asia lain dan harganya boleh mencecah AS$11,500
(RM34,356) setiap 450 gram.
Herba Yarsagumba
Yarsagumba merupakan herba luar biasa yang tumbuh di padang rumput pada ketinggian melebihi 3,500 meter dari aras laut di kawasan pergunungan Himalaya iaitu di negera Nepal, Tibet, Bhutan dan India.
Dalam bahasa latin, Yarshagumba
disebut “cordyceps sinesis” yang secara
literalnya bermaksud tumbuhan pada musim panas dan serangga pada musim sejuk.
Sebelum musim hujan bermula,
spora dari cendawan cordyceps menjangkiti kepala ulat beluncas yang tinggal di bawah tanah kemudian secara beransur-ansur spora kulat itu
akan tumbuh dalam badan ulat beluncas tersebut lalu membunuhnya dan ianya
tumbuh sebagai herba yang dinamakan Yarsagumba.
Sumber: Utusan Pelajar (Unit Pendidikan Utusan Melayu)
Comments
Post a Comment