Adam’s Bridge – Misteri Jambatan Purba







Adam’s Bridge atau Jambatan Adam merupakan jajaran batu kapur yang kelihatan seperti sebuah jambatan menghubungkan Pulau Mannar di Sri Lanka dengan Pulau Pamban di India. 
Jambatan sepanjang 30 km dan berusia lebih satu juta tahun ini sangat mudah kelihatan dari atas permukaan laut kerana kedalamannya hanya kira-kira 1.2 m ketika air laut sedang surut.
Ibn Khordadbeh, seorang ahli Geografi dan juga birokrat berbangsa Parsi pada abad ke-9, menulis dalam bukunya “Book of Roads and Kingdoms” (850M) mengenai fenomena ini dan menggelarnya “Set Bandhai” - "Bridge of the Sea”. Seorang lagi tokoh ilmuan Islam, Al-Biruni (973M -1048M) juga pernah menulis dan menggambarkan tentang jambatan ini.




Walau bagaimanapun, peta terawal yang menamakan kawasan tersebut sebagai Adam’s Bridge telah dibuat oleh seorang ahli “Cartographer” British pada tahun 1804. Legenda Islam menghubung kaitkan sebuah puncak gunung di Sri Lanka yang dinamakan sebagai Puncak Adam, iaitu tempat Nabi Adam diturunkan ke bumi dan kemudian menggunakan Adam’s Bridge untuk menyeberangi lautan ke India. 


Sumber: Akhbar Utusan Pelajar (Unit Pendidikan Utusan Melayu)


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Yarsagumba (Himalayan Viagra)

Keanehan Pulau Socotra (Weird Socotra Island)

Taman Negara Komodo