Keanehan Pulau Socotra (Weird Socotra Island)



Pulau Socotra (Socotra Island)


Kepulauan Socotra yang terletak di Yaman kira-kira 240 km ke timur Afrika Timur, merupakan sebuah pulau terpencil, aneh, dan digambarkan sebagai tempat yang paling pelik di muka bumi.

Pulau ini yang dikenali juga sebagai The Roof of Arabia, menyimpan pelbagai khazanah hidupan pelik dan juga misteri yang masih belum terungkai. Ada yang menggelarkan pulau ini sebagai pulau alien dan pulau neraka.

Menurut pendapat para ilmuan, makhluk yang hidup di pulau ini adalah sejenis makhluk hidup yang berasal dari masa lampau dan tidak diketahui bila kewujudannya, manakala permukaan pulau ini telah terbentuk sejak jutaan tahun dahulu dan masih kekal rupa bentuk fizikalnya sehingga kini.

Pulau Socotra kaya dengan flora dan fauna yang unik dan masih kekal terpelihara. Dianggarkan terdapat lebih 900 jenis tumbuhan pelik yang telah ditemui di pulau ini antaranya ialah pokok dorstenia, pohon botol dan darah naga.



Pokok Darah Naga (Dragon Blood Tree)


Namun yang menjadi perhatian ialah pokok darah naga. Keanehan pokok ini adalah terletak pada getahnya yang berwarna merah seperti darah yang mengalir apabila disiat kulitnya serta keunikan pohonnya yang berbentuk payung.

Difahamkan, getah pokok ini mempunyai khasiat dan berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit. Terdapat juga haiwan pelik ditemui di pulau ini yang tidak terdapat di tempat lain seperti ketam kepiting dan labah-labah Socotra.

Dengan pelbagai keanehan dan misteri yang masih belum terungkai, maka tidak hairanlah pulau ini diberi gelaran yang menyeramkan bahkan menggerunkan sesiapa sahaja yang ingin mengunjunginya. Keaslian alam semula jadi di kepulauan ini telah melayakkan Socotra diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia (world heritage site).

Sumber: Utusan Pelajar (Unit Pendidikan Utusan Melayu)

Comments

Popular posts from this blog

Yarsagumba (Himalayan Viagra)

Taman Negara Komodo