Taman Negara Komodo

Taman Negara Komodo merupakan sebuah pulau  yang terletak di antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat, Indonesia.  Taman Negara ini meliputi tiga pulau besar iaitu Pulau Komodo, Pulau Rinca dan Pulau Padar serta beberapa pulau kecil yang menggelilinginya.

Taman Negara ini menjadi tumpuan dan dikenali ramai sebagai habitat biawak terbesar di dunia iaitu biawak komodo. Haiwan ini dipercayai berasal daripada keturunan binatang purba iaitu Dinosaurus yang mempunyai ukuran panjang yang mampu menjangkau tiga meter dan beratnya mampu mencecah 200 kilogram, iaitu lebih besar dari pada saiz normal seorang lelaki dewasa.

Haiwan ini memiliki gigi dan kuku yang sangat tajam, badan bersisik serta racun berbisa yang mampu membunuh manusia dalam tempoh satu jam selepas digigit. Pernah satu ketika, seorang penduduk di pulau tersebut telah diserang dan digigit oleh biawak tersebut sehingga mati. Biawak komodo mampu memakan lebih 80 peratus daripada berat badan mangsa dan mampu hidup tanpa makan selepas beberapa minggu.



Biawak Komodo

Dasar laut perairan Taman Negara Komodo cukup dikagumi ramai kerana dasar lautnya adalah antara yang terbaik di dunia. Terdapat lebih daripada 253 spesies terumbu karang yang  tumbuh serta terdapat sekitar 1,000 spesies ikan menghuni sekitar pulau tersebut,  manakala permukaan laut pulau ini terdapat daratan-daratan kering yang mempersonakan setiap pengunjung yang datang.

Walaupun pulau ini dihuni oleh haiwan yang menggerunkan, namun keunikan dan kecantikan pulau ini tetap menggamit kedatangan pengunjung. Kerajaan Indonesia juga telah mewartakan biawak komodo sebagai haiwan yang perlu dilindungi dan menjadi aset penting untuk negara tersebut.

Sumber: Utusan Pelajar (Unit Pendidikan Utusan Melayu)

Comments

Popular posts from this blog

Keanehan Pulau Socotra (Weird Socotra Island)

Yarsagumba (Himalayan Viagra)