Adam’s Bridge – Misteri Jambatan Purba
Adam’s Bridge atau Jambatan Adam merupakan jajaran batu kapur yang kelihatan seperti sebuah jambatan menghubungkan Pulau Mannar di Sri Lanka dengan Pulau Pamban di India. Jambatan sepanjang 30 km dan berusia lebih satu juta tahun ini sangat mudah kelihatan dari atas permukaan laut kerana kedalamannya hanya kira-kira 1.2 m ketika air laut sedang surut. Ibn Khordadbeh, seorang ahli Geografi dan juga birokrat berbangsa Parsi pada abad ke-9, menulis dalam bukunya “Book of Roads and Kingdoms” (850M) mengenai fenomena ini dan menggelarnya “ Set Bandhai” - "Bridge of the Sea”. Seorang lagi tokoh ilmuan Islam, Al-Biruni (973M -1048M) juga pernah menulis dan menggambarkan tentang jambatan ini. Walau bagaimanapun, peta terawal yang menamakan kawasan tersebut sebagai Adam’s Bridge telah dibuat oleh seorang ahli “Cartographer” British pada tahun 1804. Legenda Islam menghubung kaitkan sebuah puncak gunung di Sri Lanka yang dinamakan sebagai Puncak Adam, iaitu