Yarsagumba (Himalayan Viagra)
Dolpa, sebuah daerah terpencil di Nepal Barat dengan lembah-lembah yang curam tinggi dan beriklim kering merupakan salah satu daerah terkemuka bagi herba terkenal - Yarsagumba. Setiap tahun pada bulan Mei dan Jun, ribuan penduduk akan datang ke Dolpa untuk menuai Yarsagumba. Bagi keadaan yang lebih ekstrim, sejumlah sekolah di pedalaman Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para penduduknya keluar menuai Yarsagumba. Tumbuhan yang diberi nama jolokan sebagai viagra Himalaya ini, mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain dan harganya boleh mencecah AS$11,500 (RM34,356) setiap 450 gram. Herba Yarsagumba Yarsagumba merupakan herba luar biasa yang tumbuh di padang rumput pada ketinggian melebihi 3,500 meter dari aras laut di kawasan pergunungan Himalaya iaitu di negera Nepal, Tibet, Bhutan dan India. Dalam bahasa latin, Yarshagumba disebut “cordyceps sinesis” yang secara literalnya bermaksud tumbuhan pada musim pana...